Saturday 28 February 2015

LAMPIRAN






RUJUKAN



1 )   BUKU ILMIAH 

   -   Ramli Awang (2003) . Islam Alternatif Perpadun , Universiti 
       Teknologi Malaysia : Faajar Bakti Sdn.Bhd
   
   -   Pengajian Malaysia Kursus DUB1012

2 )   SUMBER INTERNET

    -  http://pendidi.blogspot.com/2013//10/evolusi-sosial-                        budaya.htm1?m=1 

KESIMPULAN

Sesungguhnya perpaduan di kalangan manusia sangat perlu bagi menjamin kesejahteraan sejagat dan kehidupan harmoni. Hal perpaduan bukan sekadar untuk satu bangsa sahaja malahan di peringkat antarabangsa, yang mana semua bangsa yang bernama manusia berada dalam kesatuan, perpaduan dan saling tolong antara sesama mereka dalam rangka membangun dunia seluruhnya.

Walaupun manusia bercita-cita untuk menyelamatkan dunia dan menyelesaikan masalah yang muncul di kalangan mereka, tidak akan berjaya selama mana diri manusia itu tidak diresapi ajaran wahyu Penciptanya. Mereka terlebih dahulu hendaklah menyelamatkan dirinya dengan panduan Ilahi, barulah dapat merawat masalah alam dunia ini. Semua itu boleh berlaku jika jiwa manusia yang bertauhid sanggup memanifestasikan tauhidnya dalam erti kata yang menyeluruh.

Konsep perpaduan sama ada bersifat sesama bangsa, ataupun antara bangsa-bangsa yang berlainan perlukan gagasan baru kerana hasil dari kegagalan teori bikinan manusia memperlihatkan malapetaka yang menimpa manusia kian parah hari demi hari. Ternyata bahawa teori tersebut tidak mampu membentuk kedamaian dan perpaduan di kalangan umat manusia sebaliknya sentiasa mencetuskan peperangan dan perpecahan.


Wujudkah Perpaduan antara sesama manusia sekiranya mereka tidak mahu tunduk kepada sistem dan ajaran pencipta mereka? Jawapan yang diperolehi ialah tidak akan wujud perpaduan sama sekali sama ada kepada kalangan yang mendokong satu kepercayaan agama, ataupun antara yang berlainan pegangan agama bila ajaran Tuhan diabaikan dan diingkari.