Saturday 28 February 2015

1.1.1 FAKTOR KEWUJUDAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL



i)PERISTIWA 13 MEI


Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada  tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.



ii)MASALAH-MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA


Kerajaan mengenalpasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969. Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja, namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelosok negara. Hasil kajian yang dijalankan, masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi, politik, sosial.


iii)PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PENEMPATAN


Masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya situasi ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung Melayu, Jawa, India dan Cina. Penduduk British di tanah melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai. Semenjak tahun 1920-an lagi, corak penempatan sebegini telah kelihatan. Di Sabah Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri daripada rumah panjang kaum iban dan kaum Kadazan.


iv)PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA



Setiap kaum menganut agama berbeza, Melayu beragama Islam, India beragama Hindu, Cina beragama Buddha. Kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. Oleh itu sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain.

v)PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


Tanah melayu pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu untuk terlibat dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apabila Jepun menyerah kalah, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dan Cina ini telah melibatkan banyak kematian.

No comments:

Post a Comment