Saturday 28 February 2015

PENDAHULUAN



Kehidupan manusia tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun akan kepentingan memerlukan orang lain. Dalam pengertian yang berlainan, manusia memerlukan orang yang dapat diajak berbicara, bertukar pendapat atau pandangan, berbincang, meminta pertolongan di kala kesempitan dan lain-lain. Semua itu merupakan perkara yang menyempurnakan kehidupan seseorang dan sebagai penyerinya. Ertinya kalau tiada orang lain dalam kehidupan seseorang itu maka sudah tentu ia akan merasa kesepian, keseorangan lagi kesunyian. Fitrah semula jadi manusia tetap menyatakan pentingnya kewujudan dan saling berhubungan dengan orang lain meskipun sebahagian orang berdasarkan akalnya yang singkat ada pandangan sebaliknya. Bagaimanapun, penafian itu bukanlah untuk selama-lamanya akan tetapi bersifat sementara sahaja, iaitu dikala kewarasan akal tidak menguasai dirinya. Bila kewarasan serta kewajaran kembali menguasai dirinya ia akan mengiktiraf betapa pentingnya konsep persaudaraan dan perpaduan ini demi mendapat kejayaan dalam hidup sesama mereka.
Perpaduan dan Integrasi Nasional bermaksud kekata Perpaduan berasal dari kata padu, yang bermakna mampat, pejal, padat dan tumpat. Berpadu bermakna bercampur, menjadi satu, menjadi sebati, manakala Perpaduan pula bermakna penggabungan perihal berpadu (bergabung menjadi satu).

Istilah Integrasi Nasional pula berasal dari dua kata iaitu integrasi dan nasional. Integrasi bermaksud penyatuan sehingga menjadi kesatuan yang utuh. Nasional pula bererti kebangsaan, bersifat bangsa sendiri dan meliputi sesuatu bangsa.

No comments:

Post a Comment