Saturday 28 February 2015

1.5 PENINGKATAN PATRIOTISME RAKYAT MALAYSIA



DARI SEGI :-

i)NEGARA

Pihak kerajaan perlu memperkasakan sebarang program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti Program Khidmat Negara.Program ini dapat menyedarkan remaja tentang peranan mereka sebagai aset negara dan persediaan yang perlu dilakukan bagi memikul tanggungjawab masalah ini.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. 

Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Kerajaan perlu mewajibkan murid-murid sekolah rendah mempelajari subjek Sejarah untuk memupuk semangat patriotisme sejak kecil

Kerajaan perlu memperuntukkan masa pembelajaran dan pengajaran yang panjang bagi subjek Sejarah di sekolah


ii)MASYARAKAT

Cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa

iii)INDIVIDU
-Melawat tempat bersejarah.
-Menyambut hari Kermerdekaan dan Hari Malaysia
-Menyertai aktiviti melibatkan negara

iv)PELAJAR

Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada rakan-rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan.Remaja berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka sendiri dengan cara menjadikan buku-buku sejarah sebagai bahan bacaan tambahan mereka selain daripada buku-buku pelajaran.

Mereka juga pelu lebih giat dalam menghayati puisi,sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.

Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak haruslah berganding bahu bagai ‘aur dengan tebing’ untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan ‘mutiara negara’ agar dapat melahirkan remaja yang berjiwa patriotik.Menurut kata-kata tokoh sastera dan sejarah negara iaitu Usman Awang, “kalau hidup ingin merdeka,tiada tercapai hanya berkata,kemuka maju sekata,maju kita,melemparkan jauh jiwa hamba.Intihanya,tiada penyakiy yang tiada penawar,maka langkah-langkah yang konkrit dan sistematik  harus dipergiatkan  agar masalah ini boleh tangani.

No comments:

Post a Comment