Saturday, 28 February 2015
RUJUKAN
1 ) BUKU ILMIAH
- Ramli Awang (2003) . Islam Alternatif Perpadun , Universiti
Teknologi Malaysia : Faajar Bakti Sdn.Bhd
- Pengajian Malaysia Kursus DUB1012
2 ) SUMBER INTERNET
- http://pendidi.blogspot.com/2013//10/evolusi-sosial- budaya.htm1?m=1
KESIMPULAN
Sesungguhnya
perpaduan di kalangan manusia sangat perlu bagi menjamin kesejahteraan sejagat
dan kehidupan harmoni. Hal perpaduan bukan sekadar untuk satu bangsa sahaja
malahan di peringkat antarabangsa, yang mana semua bangsa yang bernama manusia
berada dalam kesatuan, perpaduan dan saling tolong antara sesama mereka dalam
rangka membangun dunia seluruhnya.
Walaupun
manusia bercita-cita untuk menyelamatkan dunia dan menyelesaikan masalah yang
muncul di kalangan mereka, tidak akan berjaya selama mana diri manusia itu
tidak diresapi ajaran wahyu Penciptanya. Mereka terlebih dahulu hendaklah
menyelamatkan dirinya dengan panduan Ilahi, barulah dapat merawat masalah alam
dunia ini. Semua itu boleh berlaku jika jiwa manusia yang bertauhid sanggup
memanifestasikan tauhidnya dalam erti kata yang menyeluruh.
Konsep
perpaduan sama ada bersifat sesama bangsa, ataupun antara bangsa-bangsa yang
berlainan perlukan gagasan baru kerana hasil dari kegagalan teori bikinan
manusia memperlihatkan malapetaka yang menimpa manusia kian parah hari demi
hari. Ternyata bahawa teori tersebut tidak mampu membentuk kedamaian dan
perpaduan di kalangan umat manusia sebaliknya sentiasa mencetuskan peperangan
dan perpecahan.
Wujudkah
Perpaduan antara sesama manusia sekiranya mereka tidak mahu tunduk kepada
sistem dan ajaran pencipta mereka? Jawapan yang diperolehi ialah tidak akan
wujud perpaduan sama sekali sama ada kepada kalangan yang mendokong satu
kepercayaan agama, ataupun antara yang berlainan pegangan agama bila ajaran
Tuhan diabaikan dan diingkari.
1.5 PENINGKATAN PATRIOTISME RAKYAT MALAYSIA
DARI SEGI :-
i)NEGARA
Pihak kerajaan perlu memperkasakan sebarang
program yang dapat meningkatkan semangat patriotisme seperti Program Khidmat
Negara.Program ini dapat menyedarkan remaja tentang peranan mereka sebagai aset
negara dan persediaan yang perlu dilakukan bagi memikul tanggungjawab masalah
ini.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula
perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian
dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti
sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah
digalakkan.
Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu
mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan
semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.
Kerajaan perlu mewajibkan murid-murid sekolah rendah
mempelajari subjek Sejarah untuk memupuk semangat patriotisme sejak kecil
Kerajaan perlu memperuntukkan masa pembelajaran dan
pengajaran yang panjang bagi subjek Sejarah di sekolah
ii)MASYARAKAT
Cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk
semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan
semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu,
“melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh
mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian
Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik
dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus
diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa
iii)INDIVIDU
-Melawat tempat bersejarah.
-Menyambut hari Kermerdekaan dan Hari Malaysia
-Menyertai aktiviti melibatkan negara
iv)PELAJAR
Setiap pelajar yang berwawasan perlu sedar
peranan mereka sebagai sandaran negara setelah sebahagian kecil daripada
rakan-rakan sebaya mereka telah hanyut dirempuh gelombang pemodenan.Remaja
berwawasan ini perlu gigih dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam diri
mereka sendiri dengan cara menjadikan buku-buku sejarah sebagai bahan bacaan
tambahan mereka selain daripada buku-buku pelajaran.
Mereka juga pelu lebih giat
dalam menghayati puisi,sajak dan syair yang berkaitan dengan patriotisme bagi
menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka.
Sebagai penghias bicara akhir, semua pihak haruslah
berganding bahu bagai ‘aur dengan tebing’ untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan ‘mutiara negara’ agar dapat melahirkan remaja yang berjiwa
patriotik.Menurut kata-kata tokoh sastera dan sejarah negara iaitu Usman Awang,
“kalau hidup ingin merdeka,tiada tercapai hanya berkata,kemuka maju sekata,maju
kita,melemparkan jauh jiwa hamba.Intihanya,tiada penyakiy yang tiada
penawar,maka langkah-langkah yang konkrit dan sistematik harus dipergiatkan agar masalah ini boleh tangani.
1.4 CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN
i) BERBEZA DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Pada
zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang
jelas. Sewaktu zaman pemerintahan
British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan
pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata
pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada
zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang
positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan
keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan
kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah
vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya
telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem
persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang.
Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap
kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah
rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari
segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah
negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara
supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan
bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan
semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang
dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai
batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai
perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan
antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan
Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.
Peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial
masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah
mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara
dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar
kepada dasar pendidikan.
SEKOLAH MELAYU |
SEKOLAH CINA |
SEKOLAH TAMIL |
ii)FOKUS YANG BERLAINAN DALAM SEKTOR EKONOMI
MASYARAKAT INDIA |
MASYARAKAT MELAYU |
MASYARAKAT CINA |
MASYARAKAT CINA |
Sejak
zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah
dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar
ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi
yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di
kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan
dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula
ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan
ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.
Cabaran
dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah
sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan
curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akibat
daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang
Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan
pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa
banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada
kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama
kaum terbabit.
Dominasi
kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi.
Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam
bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana
kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka.
Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang
perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga
sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa
menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti
bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan
juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun
gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan
bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta
lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang
menjadi darah daging mereka”.Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak
dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK,
namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan
bukan menghapuskannya.
iii)BERBEZA IDEOLOGI POLITIK DAN PENGARUH
Majoriti
parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya,
seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan
MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap
dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum
masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan
yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan
oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang
tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi
perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan
parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman
turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston
(2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing
terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan,
sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat
tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga
mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat
tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita
dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966,
kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip
tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi
negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan
sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan
pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.
Dari
dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa
dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan
rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional
yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.
1.3 KEPENTINGAN DAN ASAS PERPADUAN
Kepentingan
perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan
telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan
kongkongan penjajah. Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan daripada
warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas.
Selain
itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing'
Semangat
assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.Hasilnya, Malaysia dapat
menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang
mengamalkan Dasar Aparteid.
Dasar
Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit
putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,wujudlah pelbagai masalah
sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.Sebagai iktibar,
masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat
assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di
samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat
lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup
dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan
berkembang dengan kemasukan pelancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari
luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu,
perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya,
pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.
Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat
ini.Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara
Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
1.2 CIRI CIRI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
1) Melibatkan pertembungan dua atau lebih masyarakat dan
budaya.
2)Satu bentuk budaya baru dilahirkan dan menjadi milik
bersama masyarakat dan budaya berbeza.
3)Dalam budaya baru yang dibentuk, hilangnya identiti
masyarakat dan perbezaan budaya.
4)Integrasi sosial boleh berlaku dalam sektor ekonomi, parti
politik dan negara.
1.1.1 FAKTOR KEWUJUDAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
i)PERISTIWA 13 MEI
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.
ii)MASALAH-MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA
Kerajaan mengenalpasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969. Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja, namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelosok negara. Hasil kajian yang dijalankan, masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi, politik, sosial.
iii)PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PENEMPATAN
Masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya situasi ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung Melayu, Jawa, India dan Cina. Penduduk British di tanah melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai. Semenjak tahun 1920-an lagi, corak penempatan sebegini telah kelihatan. Di Sabah Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri daripada rumah panjang kaum iban dan kaum Kadazan.
iv)PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
Setiap kaum menganut agama berbeza, Melayu beragama Islam, India beragama Hindu, Cina beragama Buddha. Kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. Oleh itu sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain.
v)PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Tanah melayu pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu untuk terlibat dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apabila Jepun menyerah kalah, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dan Cina ini telah melibatkan banyak kematian.
1.1 PENGERTIAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
i)PERPADUAN
Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan Negara melalui ideologi Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
ii)INTEGRASI NASIONAL
Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan pertempatan dalam sesebuah unit politik.
PENDAHULUAN
Kehidupan manusia tidak dapat dinafikan oleh sesiapa
pun akan kepentingan memerlukan orang lain. Dalam pengertian yang berlainan,
manusia memerlukan orang yang dapat diajak berbicara, bertukar pendapat atau
pandangan, berbincang, meminta pertolongan di kala kesempitan dan lain-lain.
Semua itu merupakan perkara yang menyempurnakan kehidupan seseorang dan sebagai
penyerinya. Ertinya kalau tiada orang lain dalam kehidupan seseorang itu maka
sudah tentu ia akan merasa kesepian, keseorangan lagi kesunyian. Fitrah semula
jadi manusia tetap menyatakan pentingnya kewujudan dan saling berhubungan
dengan orang lain meskipun sebahagian orang berdasarkan akalnya yang singkat
ada pandangan sebaliknya. Bagaimanapun, penafian itu bukanlah untuk
selama-lamanya akan tetapi bersifat sementara sahaja, iaitu dikala kewarasan
akal tidak menguasai dirinya. Bila kewarasan serta kewajaran kembali menguasai
dirinya ia akan mengiktiraf betapa pentingnya konsep persaudaraan dan perpaduan
ini demi mendapat kejayaan dalam hidup sesama mereka.
Perpaduan dan Integrasi Nasional bermaksud kekata Perpaduan berasal dari kata padu, yang bermakna mampat, pejal, padat dan tumpat. Berpadu bermakna bercampur,
menjadi satu, menjadi sebati, manakala Perpaduan
pula bermakna penggabungan perihal
berpadu (bergabung menjadi satu).
Istilah Integrasi Nasional pula berasal dari dua kata
iaitu integrasi dan nasional. Integrasi
bermaksud penyatuan sehingga menjadi
kesatuan yang utuh. Nasional
pula bererti kebangsaan, bersifat bangsa
sendiri dan meliputi sesuatu bangsa.
OBJEKTIF
1. Menerangkan pengertian dan faktor kewujudan Perpaduan dan Integrasi Nasional.
2. Mengenalpasti
ciri ciri Integrasi Nasional dan impak yang dapat dilihat sehingga kini.
3. Menghuraikan
kepentingan dan asas Perpaduan.
4. Membincangkan
cabaran untuk mencapai Perpaduan dan Integrasi Nasional.
5. Mengenalpasti
peningkatan patriotisme rakyat Malaysia.
Thursday, 26 February 2015
Perpaduan dan integrasi nasional
PENGERTIAN PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL
PERPADUAN
-Satu proses yang menyatupadukan
seluruh anggota masyarakat dan Negara melalui ideologi Negara supaya setiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan bangga akan tanah air
INTEGRASI NASIONAL
-Satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan pertempatan dalam sesebuah unit
politik
Ciri-ciri integrasi nasional ini terdiri daripada:
1) Melibatkan
pertembungan dua atau lebih masyarakat
dan budaya.
2)Satu
bentuk budaya baru dilahirkan dan menjadi milik bersama masyarakat dan budaya berbeza
3)Dalam
budaya baru yang dibentuk, hilangnya identiti masyarakat dan perbezaan budaya.
4)Integrasi
sosial boleh berlaku dalam sektor ekonomi, parti politik dan negara.
KEPENTINGAN PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL
Kepentingan
perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan
telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan
kongkongan penjajah. Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan daripada
warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas.
Selain itu,
perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan
yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing'
Semangat
assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.Hasilnya, Malaysia dapat
menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara AmerikaSyarikat yang
mengamalkan Dasar Aparteid.
Dasar Aparteid
ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih
dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,wujudlah pelbagai masalah sosial yang
melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.Sebagai iktibar, masayarakat
Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi
di atas bumi Malaysia ini.
Di samping
itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi
negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat
Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah
satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara
satu sama lain dalam membangunkannegara. Pelabur dari luar negara juga akan
berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu
meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya,
pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.
Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat
ini.Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara
Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
CABARAN
PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL
1. Berbeza Dalam Sistem Pendidikan
Pada
zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang
jelas. Sewaktu zaman pemerintahan
British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan
pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata
pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada
zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang
positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan
keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan
kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah
vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya
telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem
persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang.
Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap
kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah
rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari
segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah
negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara
supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan
bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan
semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang
dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai
batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai
perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan
antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan
Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.
Peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial
masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah
mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara
dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar
kepada dasar pendidikan.
SEKOLAH MELAYU |
SEKOLAH CINA |
SEKOLAH TAMIL |
Bermula tahun
2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan
semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan
dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem
persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang
dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi
mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan
isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan
sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang
mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.
Kewujudan
sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia.
Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih
diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar
dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.
Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau
bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang
diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem
tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan
satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana
ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada
rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum
bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah
sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak
mereka.
Namun pada
pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu
dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat
dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity
kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh
di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih
boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di
sekolah yang sama aliran.
2 . Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi
MASYARAKAT MELAYU |
MASYARAKAT MELAYU |
MASYARAKAT MELAYU |
MASYARAKAT CINA |
MASYARAKAT CINA |
Sejak zaman
penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini
jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang
dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di
kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan
dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula
ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan
ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.
Cabaran dari
segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah
sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan
curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akibat
daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang
Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan
pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa
banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada
kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama
kaum terbabit.
Dominasi kaum
dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini
adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang
tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum
yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka.
Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan
yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang,
masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa
menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti
bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan
juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun
gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan
bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta
lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang
menjadi darah daging mereka”.Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak
dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK,
namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan
bukan menghapuskannya.
3 .
Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh
Memang tidak
dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi
perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan
parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman
turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston
(2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing
terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan,
sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat
tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga
mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat
tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita dapat
melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966,
kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip
tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi
negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan
sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan
pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.
Dari dahulu
sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga
pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat
yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang
cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.
Sebenarnya
terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya
adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik
dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati
dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah
tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa
Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita
dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang
boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan
tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di
institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari
dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan
dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya
diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik
itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka
menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang
bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui
media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan
Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang
berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan
rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan
rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik
itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan
drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi
kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan
di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti
sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah
digalakkan.
Di samping
itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada
pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat
kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk
semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara
kita.
LAMPIRAN
Subscribe to:
Posts (Atom)