Kepentingan
perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan
telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Implikasinya,masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan
kongkongan penjajah. Perpaduan yangtelah wujud kini adalah warisan daripada
warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas.
Selain
itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing'
Semangat
assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum.Hasilnya, Malaysia dapat
menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang
mengamalkan Dasar Aparteid.
Dasar
Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit
putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya,wujudlah pelbagai masalah
sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit.Sebagai iktibar,
masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat
assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di
samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat
Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat
lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup
dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan
berkembang dengan kemasukan pelancong asing.Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari
luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu,
perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya,
pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat
memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.
Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat
ini.Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara
Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
No comments:
Post a Comment