Sesungguhnya
perpaduan di kalangan manusia sangat perlu bagi menjamin kesejahteraan sejagat
dan kehidupan harmoni. Hal perpaduan bukan sekadar untuk satu bangsa sahaja
malahan di peringkat antarabangsa, yang mana semua bangsa yang bernama manusia
berada dalam kesatuan, perpaduan dan saling tolong antara sesama mereka dalam
rangka membangun dunia seluruhnya.
Walaupun
manusia bercita-cita untuk menyelamatkan dunia dan menyelesaikan masalah yang
muncul di kalangan mereka, tidak akan berjaya selama mana diri manusia itu
tidak diresapi ajaran wahyu Penciptanya. Mereka terlebih dahulu hendaklah
menyelamatkan dirinya dengan panduan Ilahi, barulah dapat merawat masalah alam
dunia ini. Semua itu boleh berlaku jika jiwa manusia yang bertauhid sanggup
memanifestasikan tauhidnya dalam erti kata yang menyeluruh.
Konsep
perpaduan sama ada bersifat sesama bangsa, ataupun antara bangsa-bangsa yang
berlainan perlukan gagasan baru kerana hasil dari kegagalan teori bikinan
manusia memperlihatkan malapetaka yang menimpa manusia kian parah hari demi
hari. Ternyata bahawa teori tersebut tidak mampu membentuk kedamaian dan
perpaduan di kalangan umat manusia sebaliknya sentiasa mencetuskan peperangan
dan perpecahan.
Wujudkah
Perpaduan antara sesama manusia sekiranya mereka tidak mahu tunduk kepada
sistem dan ajaran pencipta mereka? Jawapan yang diperolehi ialah tidak akan
wujud perpaduan sama sekali sama ada kepada kalangan yang mendokong satu
kepercayaan agama, ataupun antara yang berlainan pegangan agama bila ajaran
Tuhan diabaikan dan diingkari.
No comments:
Post a Comment