Kehidupan manusia tidak dapat dinafikan oleh sesiapa
pun akan kepentingan memerlukan orang lain. Dalam pengertian yang berlainan,
manusia memerlukan orang yang dapat diajak berbicara, bertukar pendapat atau
pandangan, berbincang, meminta pertolongan di kala kesempitan dan lain-lain.
Semua itu merupakan perkara yang menyempurnakan kehidupan seseorang dan sebagai
penyerinya. Ertinya kalau tiada orang lain dalam kehidupan seseorang itu maka
sudah tentu ia akan merasa kesepian, keseorangan lagi kesunyian. Fitrah semula
jadi manusia tetap menyatakan pentingnya kewujudan dan saling berhubungan
dengan orang lain meskipun sebahagian orang berdasarkan akalnya yang singkat
ada pandangan sebaliknya. Bagaimanapun, penafian itu bukanlah untuk
selama-lamanya akan tetapi bersifat sementara sahaja, iaitu dikala kewarasan
akal tidak menguasai dirinya. Bila kewarasan serta kewajaran kembali menguasai
dirinya ia akan mengiktiraf betapa pentingnya konsep persaudaraan dan perpaduan
ini demi mendapat kejayaan dalam hidup sesama mereka.
Perpaduan dan Integrasi Nasional bermaksud kekata Perpaduan berasal dari kata padu, yang bermakna mampat, pejal, padat dan tumpat. Berpadu bermakna bercampur,
menjadi satu, menjadi sebati, manakala Perpaduan
pula bermakna penggabungan perihal
berpadu (bergabung menjadi satu).
Istilah Integrasi Nasional pula berasal dari dua kata
iaitu integrasi dan nasional. Integrasi
bermaksud penyatuan sehingga menjadi
kesatuan yang utuh. Nasional
pula bererti kebangsaan, bersifat bangsa
sendiri dan meliputi sesuatu bangsa.
No comments:
Post a Comment