i) BERBEZA DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Pada
zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang
jelas. Sewaktu zaman pemerintahan
British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan
pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata
pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Pada
zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang
positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan
keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan
kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah
vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya
telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem
persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang.
Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap
kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah
rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari
segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah
negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara
supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan
bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan
semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang
dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai
batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai
perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan
antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan
Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.
Peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial
masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah
mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara
dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar
kepada dasar pendidikan.
SEKOLAH MELAYU |
SEKOLAH CINA |
SEKOLAH TAMIL |
ii)FOKUS YANG BERLAINAN DALAM SEKTOR EKONOMI
MASYARAKAT INDIA |
MASYARAKAT MELAYU |
MASYARAKAT CINA |
MASYARAKAT CINA |
Sejak
zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah
dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar
ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi
yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di
kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan
dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula
ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan
ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.
Cabaran
dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah
sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan
curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akibat
daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang
Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan
pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa
banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada
kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama
kaum terbabit.
Dominasi
kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi.
Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam
bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana
kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka.
Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang
perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga
sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa
menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti
bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan
juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun
gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan
bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta
lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang
menjadi darah daging mereka”.Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak
dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK,
namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan
bukan menghapuskannya.
iii)BERBEZA IDEOLOGI POLITIK DAN PENGARUH
Majoriti
parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya,
seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan
MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap
dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum
masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan
yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan
oleh seluruh rakyat Malaysia.
Memang
tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi
perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan
parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman
turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston
(2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing
terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan,
sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat
tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga
mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat
tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.
Kita
dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966,
kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip
tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi
negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan
sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan
pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.
Dari
dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa
dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan
rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional
yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.
No comments:
Post a Comment